Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat KHASRAH, mudah²an semua sihat dgn hendaknya. Khususnya kepada sahabat mansurah, insyaAllah Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) akan mengadakan satu pertandingan mengasah bakat tangan yang berkebolehan dalam menulis seni al-Quran dengan kata lain Seni Khat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, insyaAllah boleh terus berurusan dengan pihak KHASRAH bagi memudahkan kalam.


Syarat Pertandingan Seni Khat Terbuka Mansurah anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli DPMM dan PCM.
2. Jenis khat yang dipertandingkan ialah dari jenis Seni Khat Nasakh atau Seni Khat Thuluth (pilihan).
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
  • Kaedah atau keaslian Seni Khat : 40 markah
  • Kebersihan : 20 markah
  • Hiasan tepi atau zukhruf : 20 markah
  • Kreativiti : 20 markah
7. Segala keputusan pengadilan adalah muktamad

MENGHAYATI PENULISAN KHAT,
MEMELIHARA TINTA AL-QURAN.

url iklan : aRtsDesiGner | DPMM