Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat KHASRAH, mudah²an semua sihat dgn hendaknya. Khususnya kepada sahabat mansurah, insyaAllah Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) akan mengadakan satu pertandingan mengasah bakat tangan yang berkebolehan dalam menulis seni al-Quran dengan kata lain Seni Khat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, insyaAllah boleh terus berurusan dengan pihak KHASRAH bagi memudahkan kalam.


Syarat Pertandingan Seni Khat Terbuka Mansurah anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli DPMM dan PCM.
2. Jenis khat yang dipertandingkan ialah dari jenis Seni Khat Nasakh atau Seni Khat Thuluth (pilihan).
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
  • Kaedah atau keaslian Seni Khat : 40 markah
  • Kebersihan : 20 markah
  • Hiasan tepi atau zukhruf : 20 markah
  • Kreativiti : 20 markah
7. Segala keputusan pengadilan adalah muktamad

MENGHAYATI PENULISAN KHAT,
MEMELIHARA TINTA AL-QURAN.

url iklan : aRtsDesiGner | DPMM

3:26 PM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Untuk makluman warga DPMM yang dikasihi sekalian, Majlis Perasmian Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 4 November 2008 bersamaan 6 Zulkaedah 1429H
Hari : Selasa
Masa : 3.30 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward

Datanglah beramai-ramai dan rebutlah peluang untuk menjadi ahli Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) dan menikmati peluang serta keistimewaan kelab ini. Semoga anda menjadi penerus kesinambungan kesenian Islam.

Menghayati Penulisan Khat
Memelihara Tinta al-Quran

e-mail rasmi : khasrah@yahoo.com.my

9:45 PM

LOGO RASMI
Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)

MOTTO
Menghayati Penulisan Khat, memelihara Tinta al-Quran

KONSEP
Belajar dan Memelihara

OBJEKTIF PENUBUHAN
  • - Memelihara kesenian Islam dan kalimah suci al-Quran.
  • - Mengasah bakat seni khat di kalangan mahasiswa/wi di mansurah.
  • - Memberikan pendekatan dan pendedahan seni khat Islam.
  • - Mendidik generasi baru dalam menghargai warisan Islam.

KEAHLIAN KELAB
Semua warga mahasiswa/wi Mansurah khususnya dan Mesir amnya yang beragama Islam serta berbangsa Melayu dan berminat dengan Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)

STRUKTUR ORGANISASI DAN AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG
Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

PENASIHAT
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (Pengerusi DPMM)
Unit Kebudayaan, Kesenian da Sukan (UKKS DPMM)
dan
Unit Sambutan dan Rehlah (USR HEWI DPMM)

PENGARAH
Mohd Yusairi bin Mohd Paid

TIMBALAN PENGARAH
Mariana binti Nayan

SETIAUSAHA
Mohd Noor Fathi bin Montalib

TIMBALAN SETIAUSAHA
Norhashimah binti Salleh

BENDAHARI
Mohd Jaafar bin Mohammad Shodek

TIMBALAN BENDAHARI
Jamilah binti Mohamad

AHLI JAWATANKUASA
Abdul Afuww bin Jalil
Mohd Fahmi bin Md yusop
Mohd Redzuan bin Husin
Izzat Hilmi bin Din
Muhammad Aizat bin Mohd Sofian
Isyatun Radhiah binti Abd Jalil
Norhidayah binti Azaddin
Syarifah Nor Hasni binti Tuan Dalam
Arbaiyah binti Mohd Saron